Forum Seni Khat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengenalan Khat Nasakh

4 posters

Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty Pengenalan Khat Nasakh

Post  baki Fri Jan 09, 2009 8:25 am

Pengenalan Khat Nasakh Nasakh

Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat yang lain, kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang awam.
Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena.
baki
baki
Admin

Posts : 49
Join date : 09/01/2009
Location : Selangor, Malaysia

https://khat.forumms.net, htttp://www.arabiccalligraphy.wordpr

Back to top Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty kaedah

Post  koriey Sat Jan 31, 2009 5:45 am

Ustaz guna kaedah mesir kan??apa keunikan kaedah mesir dan turki?? Shocked Shocked
koriey
koriey

Posts : 20
Join date : 26/01/2009

http://www.penakhat.blogspot.com

Back to top Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty Re: Pengenalan Khat Nasakh

Post  baki Sat Jan 31, 2009 6:24 pm

Saya bukan ikut kaedah Mesir sahaja. Kaedah Turki dan Baghdad juga saya lihat dan beri perhatian. Kesemua aliran memang ada beberapa perbezaan dan ciri masing- masing. Yang penting bagi saya, lihat yang paling menarik, kemas dan saya akan cuba ikut Idea
baki
baki
Admin

Posts : 49
Join date : 09/01/2009
Location : Selangor, Malaysia

https://khat.forumms.net, htttp://www.arabiccalligraphy.wordpr

Back to top Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty Re: Pengenalan Khat Nasakh

Post  Lukhman Al-Yusufi Wed Feb 04, 2009 1:32 pm

Ustaz, saya ada telitikan khat Nasakh dalam buku panduan khat Nasakh, karangan Ustaz Nik Abdul Rahman dan juga Ustaz Zawadi. Saya lihat gaya mereka ada sedikit perbezaan pada beberapa huruf seperti lam alif, nun, tho, alif, dan lain-lain.

Boleh Ustaz jelaskan aliran mana kedua-dua Ustaz itu gunakan?
Lukhman Al-Yusufi
Lukhman Al-Yusufi

Posts : 10
Join date : 15/01/2009
Age : 31
Location : Kuching, Sarawak

http://lukhmanyusufi.blogspot.com/

Back to top Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty Re : Pengenalan Khat Nasakh

Post  koriey Wed Feb 04, 2009 7:53 pm

Mengikut pendapat ana Ustaz Zik gunakan kaedah Mesir dan Ustaz Zawadi pula terkesan dengan Hashim al-Baghdady..kalu ana tersilap sila betulkan Very Happy Very Happy
koriey
koriey

Posts : 20
Join date : 26/01/2009

http://www.penakhat.blogspot.com

Back to top Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty Re: Pengenalan Khat Nasakh

Post  baki Thu Feb 05, 2009 6:14 am

Ana tak pasti la Koriey. Lagipun sudah lama ana tak tengok tulisan kedua khattat ni. Lama tak jumpa... Very Happy
baki
baki
Admin

Posts : 49
Join date : 09/01/2009
Location : Selangor, Malaysia

https://khat.forumms.net, htttp://www.arabiccalligraphy.wordpr

Back to top Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty saye minat khat khufi...

Post  leehassan Mon Mar 30, 2009 8:06 pm

ustaz saye minat khat khufi.... tp pening la susunan huruf die

leehassan

Posts : 1
Join date : 30/03/2009

Back to top Go down

Pengenalan Khat Nasakh Empty Re: Pengenalan Khat Nasakh

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum